Unit ukuran sudut Sudut

Sudut θ merupakan hasil bahagi s dan r.

Sudut merupakan hasil bahagi panjang suatu lengkung s dengan jejari bulatan r, dan boleh jadi dikalikan dengan suatu pemalar k:

θ = k s r {\displaystyle \theta ={\frac {ks}{r}}}

Sudut dianggap tidak mempunyai dimensi, kerana ia ditakrifkan sebagai nisbah dua ukuran panjang. namun terdapat beberapa unit yang digunakan untuk mengukur sudut, bergantung kepada pemilihan pemalar k.

  • Bulatan penuh atau satu pusingan atau putaran menggunakan k = 1/2π, menjadikan sudut 1 bulatan penuh = 2π rad = 4 sudut tepat = 400 gon = 360°.